Semalam aku ada mention pasal betapa pentingnya kita mempelajari cara yang betul untuk menguruskan kewangan, kan?
Jadi, apa kata kalau kita borak dengan lebih panjang lebar tentang personal finance hari ni?
Terlebih
dahulu, aku nak kenalkan korang dengan rakan aku, KC Lau. Dia
antara local blogger yang maintain blog berkaitan Personal Finance
terbaik setakat ni yang aku baca dan subscribe. Sebelum ni dia pernah interview aku
setelah dia terbaca blog post aku untuk Problogger group writing
project - 5 Wealth Secrets. Dan, menurut KC Lau, aku kenalah save dan
invest at least $347 per day untuk mencapai status Jutawan sebelum usia
aku 30 tahun.
Pagi tadi, aku terbaca artikel yang KC Lau share
kat blog dia, iaitu berkaitan dengan strategi bagaimana seorang fresh
grads boleh bersara dalam tempoh 8 tahun
sebaik sahaja graduate. Analisis yang dia sampaikan memang sangat
realistik. Kalau kalian nak tau bagaimana, lawat saja blog KC Lau,
semua
maklumat berharga yang dia kongsikan di sana memang tak mungkin kita
perolehi percuma di mana-mana tempat lain.
Lagipun, kan lebih
elok kita luangkan masa online untuk dapatkan ilmu pengetahuan daripada
bazirkan masa buat benda-benda tak senonoh. Tak gitu?
0 comments ↓
There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below..
Leave a Comment