Tak lama lagi Puasa.

Wah.. sedar tak sedar dah 8 bulan aku berada di Miri. ;)
Tempoh 8 bulan ni seronok bagi aku. hehe.

Kerja di syarikat kapal hampir setengah tahun dan sekarang aku melakukan perniagaan sendiri, memang seronok. Aku lebih bersemangat utk berjuang setiap hari dan setiap hari aku akan bangun awal utk memastikan yang aku dapat melakukan sebanyak mungkin aktiviti yang menguntungkan.

Kalau masa masih kerja dengan orang, perasaan macam ni memang tidak pernah ada langsung. Haha.

Umm, nampak topik sebenar aku nak cakap pasal puasa.. Ooops. Jauh sangat dah ni. Haha.

Okay, let’s talk about Ramadhan.
Tak sabar pulak rasanya nak tunggu time puasa ni. Mungkin sebab ni tahun pertama aku dapat rasakan suasana ramadhan dengan orang yg ku-chenta-i. LOL.

Korang dah tempah baju raya ke? Hmm. Aku belum lagi. Maybe I’ll go for a simple blue color teluk belanga from the boutique here.

Aku jumpa Hani kat Kiosk bf dia semalam. Huhu. Jumpa jugak akhirnya aku dengan minah ni. :P Aku dengar dari dia yang Tet akan kahwin tak lama lagi. Congrats!

Aku pun dah tak sabar nak kawin ni, haha. Doa-doakan la semoga aku murah rezeki.

Sampai jumpa lagi. Adios!



0 comments ↓

There are no comments yet...Kick things off by filling out the form below..

Leave a Comment